Rawatan Islam
Rawatan Islam termasuklah kaunseling Islam disediakan kepada yang memerlukannya. 

Setiap insan tidak terlepas daripada kesusahan , kesulitan dan ujian hidup. Sesungguhnya kehidupan beragama itu adalah saling nasihat-menasihati antara satu sama lain. Begitu jugalah dengan kita sebagai insan biasa.

Dengan kesedaran inilah telah disediakan khidmat kaunseling kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Segala nasihat dan bimbingan adalah berpandukan kepada  ajaran al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Jadikanlah kaunseling Islam sebagai alternatif pilihan kita . Berjumpalah dengan tok-tok guru , ustaz-ustaz , kiyai-kiyai , orang alim dan juga sesiapa sahaja pun asalkan dia berilmu dengan ilmu agama yang lurus ( ajaran tauhid Islamiah ) untuk mendapatkan sedikit nasihat dan bimbingan daripada alimin kita kerana di situ tersembunyi banyak hikmah di dalamnya . Insya-Allah.

Bagi sesiapa yang  bermasalah bolehlah  berjumpa dengan saya di kediaman saya di Kampung Tanah Liat , Bukit Mertajam bagi mendapatkan kaunseling yang berpaksikan Rawatan Islam . Insya-Allah masalah ataupun hajat baik anda dapat diselesaikan dengan baik .
.Bekam Sunnah
.Rawatan Islam
.Jahitan Baju

Perkhidmatan lain yang disediakan
Rawatan Sunnah melibatkan diagnostik penyakit seperti teknik iridiologi , saraf tapak tangan , rawatan kiropraktik , ubatan herba HPA dan akhir sekali kemuncaknya bekam sunnah.
Menuju Keredhoan Allah matlamat kita
Selamat Datang
012-4336419(En.Azam)
017-4866374(Pn.Yati)
Bukit Mertajam
Untuk tempahan pakaian wanita bolehlah menghubungi Pn. Norhayati.Harga dalam lingkungan RM 20 ke atas sahaja(baju kurung biasa).
Jom beramal dengan sunnah nabi
Email: muhamadazamothman@yahoo.com
gold.worldwide © 2008




 
[ Antara rawatan yang disediakan termasuklah perkhidmatan bekam sunnah yang menggunakan peralatan cawan bekam khas.Bekam sunnah tersebut dilakukan ke atas kaum muslimin ( oleh En. Muhamad Azam ) dan juga muslimat ( dilakukan sendiri oleh Pn. Yati)]


Sumbangan anda amat dihargai untuk perbelanjaan saya sekeluarga TERUTAMANYA  untuk pengendalian laman WEB dan BLOG saya bagi tujuan promosi yang melibatkan banyak wang demi untuk meneruskan usaha dakwah  saya
No. akaun maybank saya 157091148474 atas nama Muhamad Azam Bin Othman. Semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada anda. Amin.
SUMBANGAN
  Kaunseling Islam
  • Masalah Rumahtangga
  • Perkahwinan
  • Jodoh
  • Pekerjaan
 Jahitan Baju Wanita
Sabar itu Sebahagian Daripada Iman
Senyum itu Satu Sedekah
Teras Rawatan Islam :-

(a) al-Quran
(b) al-Hadis
(c) Ijmak dan Qias Ulama

Rawatan Islam berpaksikan:-

(a) Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
(b) Hukum-hakam Fekah Islamiah
(c) Akhlak nabawi ( tasauf Islam )

Rawatan Islam Di Bukit Mertajam:-

(a) meliputi Penyakit Fizikal dan Rohani

Kaedah Rawatan:-

(a) Air Tawar
(b) Ayat-Ayat Pendinding Diri
(c) Doa-Doa Muktabar
(d) Penggunaan Herba ( daripada HPA )
Aqidah Islam dan Rawatan

Setiap rawatan yang dijalankan tidak boleh bercanggah dengan Aqidah Islamiah yang syumul dan lengkap .

Seharusnya umat Islam berhati-hati dalam bab masalah aqidah Islamiah . Janganlah melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran aqidah Islam yang syumul lebih-lebih lagi dalam hal berubat tersebut.

Kita tidak seharusnya leka hanya memikirkan hendak sembuh daripada penyakit sahaja tanpa mempedulikan halal-haram dalam Islam . Sikap ini perlulah dijauhi sejauh-jauhnya . Na'uzubillhi minzalik .

Sayangilah aqidah kita lebih daripada diri kita sendiri ( hatta nyawa kita ) . Biarlah kita mati dengan penyakit yang kita deritai asalkan aqidah kita tidak tergadai . Amin.

Ingatlah kita tidak diciptakan dengan sia-sia. Allah mempunyai tujuan akan setiap penciptaan-Nya . Begitu jugalah dengan Insan yang bernama manusia . Kita makhluk-Nya. Allah jadikan kita supaya kita boleh beribadah kepada-Nya . Itulah tujuan Allah menurunkan kita ke dunia fana ini .Sesiapa yang benar-benar beriman kepada-Nyalah akan dimasukkan-Nya ke dalam Jannah-Nya.

Untuk menyempurnakan tujuan penciptaan-Nya diturunkan-Nya bala ujian kepada hamba-hamba-Nya untuk menguji mereka sama ada mereka benar-benar beriman dan mengabdikan diri kepada-Nya.

Jadi salah satu jenis bala berupa penyakit yang kita hidapi  itu juga sebenarnya ujian Allah kepada kita . Untuk menguji kita. Sudah semestinya kita kena bersabar dan reda apa yang menimpa kita . Inilah sunnatullah ke atas diri kita .

Kembalilah Kita Kepada Rawatan Yang  Diredoi Allah
Gambar-Gambar Menarik  Bekam Sunnah Sedang Dijalankan Di Kediaman Saya dan Kursus Bekam Yang Diadakan Baru-Baru Ini di Kulim , Kedah .
Rawatan Islam Pilihan Hati